Akaun Blendspace

Salam sejahtera,

Sila pastikan anda mempunyai akaun Blendspace sebelum mencuba soalan latihan yang disediakan. Anda boleh rujuk kepada pautan ini https://mmp3013wholenumbers.wordpress.com/2013/12/14/4-langkah-untuk-mendaftar-menjadi-pengguna-blendspace/ untuk mendaftar sebagai pengguna Blendspace.

Sekian, terima kasih.

4 langkah untuk mendaftar menjadi pengguna Blendspace

Salam sejahtera,

Anda perlu menjadi pengguna Blendspace sebelum mengakses soalan latihan dalam topik nombor bulat (nilai tempat, nilai digit dan pembundaran).

Langkah 1: Sila pergi pelayar web seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan sebgainya dan masukkan URL https://www.blendspace.com/.

Langkah 2: Tekan butang “Sign Up” yang terletak di penjuru kanan (atas).

step 1 and 2

Langkah 3: Setelah menekan butang “Sign Up”, anda akan melihat paparan seperti di bawah. Pilih kategori anda sebagai “I’m a STUDENT”.

step 3

Langkah 4: Sekarang, anda akan mendapat paparan seperti di bawah. Terdapat dua kaedah utama untuk menjadi ahli Blendspace. Salah satu ialah dengan menggunakan “Google Account” atau hanya masukkan data/maklumat peribadi anda lalu menekan butang “Sign Up”.

step 4

Video Terbaru

Salam sejahtera,

Video terbaru telah dikemaskini bagi tajuk nilai tempat, nilai digit, pembundaran dan tajuk operasi gabungan.

Sila rujuk kepada video berkenaan untuk memahami tajuk-tajuk berkenaan.

Sekian , terima kasih.

Nota Nombor Bulat Terbaru

Salam dan selamat sejahtera,

Nota-nota berikut telaj dimuat naik untuk rujukan anda semua:

1. nombor bulat

2. nilai tempat

3. nilai digit

4. pembundaran

5. operasi gabungan

Sekian, terima kasih.